Data ekonomi stabil tetapi sentimen rakyat negatif?

  • 24 hari lalu
Pada 2023, ekonomi Malaysia berkembang dengan stabil sebanyak 3.7%, dan ia dijangka terus berkembang antara 4% hingga 5% pada 20241, dengan kadar inflasi yang sederhana selepas kenaikan awal susulan pemulihan pascapandemik. Ringkasnya, ekonomi dijangka stabil dengan tekanan inflasi yang terkawal. Namun, rakyat Malaysia tidak mempunyai pendapat yang sama di mana dua pertiga daripada mereka percaya negara kini mengalami kemelesetan.