Langkah tepat kerajaan elak kebocoran dana - Anwar

  • 10 hari lalu
Penyasaran subsidi diesel merupakan langkah tepat untuk menangani kecurian bahan api itu ke negara jiran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini terbukti apabila pengusaha bas dan pelancongan Singapura, yang mendapat manfaat daripada subsidi sebelum ini, mahu menaikkan harga perkhidmatan mereka sejak langkah itu dilaksanakan.