UMNO gerak jentera bantu calon Kerajaan Perpaduan

  • 8 hari lalu
UMNO akan menggerakkan seluruh jentera parti untuk membantu kemenangan calon parti Kerajaan Perpaduan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, yang dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, pada Khamis.