Perubahan ESG perlukan anjakan minda, bukan pematuhan peraturan semata-mata - Anwar

  • 7 hari lalu
PENERAPAN perubahan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) memerlukan anjakan minda dan ia lebih daripada sekadar mematuhi peraturan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, adalah penting untuk mengakui bahawa mencapai pelepasan karbon sifar bersih memerlukan usaha kolaboratif melibatkan kerajaan, sektor swasta dan rakyat Malaysia sendiri.