Thailand hantar surat rasmi, nyata hasrat sertai BRICS

  • 4 hari lalu
Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan akronim BRICS.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Nikorndej Balankura, surat rasmi hasrat untuk menyertai kumpulan itu semasa mesyuarat menteri BRICS telah dikemukakan lebih seminggu lepas dan berharap mendapat maklum balas positif tidak lama lagi.