Kerajaan tegas pertahan kuota Bumiputera - PM

  • kelmarin
Kerajaan akan terus tegas mempertahan kuota Bumiputera meskipun jaminan diberikan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memasuki Program Matrikulasi tanpa mengira kaum.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip perlembagaan perkara 153 serta jaminan masa depan Bumiputera Melayu agar tidak berlaku kesenjangan.