Terdapat 160 jalan tikus di sempadan negara - KDN

  • semalam
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat berkata jalan tikus paling banyak berada di Kedah, Perlis dan Kelantan.

“Jalan tikus bermakna laluan yang tidak diwartakan oleh kedua-dua negara yang bersempadan. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sempadan, saya maklum akan (isu) jalan tikus ini,” katanya.

Saifuddin juga menegaskan penguatkuasaan bukan sahaja ditumpukan KDN kepada pendatang asing tetapi juga majikan.

#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat