Kerajaan disaran tidak anggap NGO sebagai musuh - Pensyarah

  • kelmarin
Kerajaan disaran untuk tidak menganggap masyarakat dan gerakan sivil yang memperjuang hak komuniti Bajau Laut sebagai musuh.

Sebaliknya menurut Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Dr Abdul Muqit Muhammad, kerajaan perlu memanfaatkan peluang dengan menambahbaik usaha yang digerakkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.