Pandai pula menangis! Aliff Syukri jijik tengok video Melati, enggan maafkan ‘makcik’ kutuk belakang

  • kelmarin
USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memilih untuk tetap tidak memaafkan bekas pembantu peribadinya iaitu Melati dan nekad mahu mengheret wanita itu ke penjara atas fitnah yang dilakukan sebelum ini.

Kata Aliff, dia tidak nampak keikhlasan Melati dalam membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum ini dan rasa tangisan wanita itu semasa di mahkamah tempoh hari hanyalah lakonan semata-mata.