Video TikTok Cikguku Sayang milik SK Sungai Dua

  • 2 bulan lalu
Kegigihan menghasilkan video yang mengambil masa selama tiga jam akhirnya berbaloi apabila SK Sungai Dua, Bachok, Kelantan diumum juara Pertandingan Video TikTok Cikguku Sayang anjuran Sinar Bestari.

Menerusi kemenangan itu, mereka membawa pulang hadiah sebanyak RM1,000 yang diberikan kepada pihak sekolah.

Hadiah sampingan lain, turut disampaikan kepada Guru Besar, Cikgu Siti Zubaidah Abdullah dan barisan kru berupa baucar Larries setiap seorang.

Manakala Ustazah Nik Zurawati pula menerima beberapa hadiah iaitu bingkai gambar, jambangan bunga dan baucar Larries.

Tahniah daripada kami, warga kerja Sinar Bestari untuk juara!

Kredit: @incikyoe

#sinarbestari #pendidikan #sksungaidua #bachok #kelantan #juara #videotiktok #cikgukusayang #kpm #menteripendidikan #FadhlinaSidek #trending #trendingvideoviral #fyp #fypシ゚viral