PASANGAN selebriti, Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail, membuka kedai pertama Nunha Store

  • bulan lalu
PASANGAN selebriti, Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz membuka kedai pertama Nunha Store di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur.

Neelofa berkata, pembukaan kedai yang menjual pelbagai produk di bawah jenama Nunha itu sebagai hadiah buat peminat dan orang ramai yang sentiasa menyokong produk itu.

"Alhamdulillah, perniagaan yang kami usahakan mendapat respons yang sangat positif pelbagai pihak, terutamanya peminat yang tak henti menyokong.

"Jadi, pembukaan Nunha Store di MyTown ini menjadi hadiah istimewa untuk peminat yang mahu mendapatkan produk kami secara fizikal, selain kaedah pembelian dalam talian," katanya.
#neelofa #PURiz #lofa #nunha #selebriti #SinarPlus #lifestylesinarharian

Disyorkan