Diesel: Bukan dihapus, bukan dimansuh, tetapi disasarkan

  • bulan lalu
Diesel: Bukan dihapus, bukan dimansuh, tetapi disasarkan

Persepsi rakyat bahawa kerajaan memansuhkan subsidi diesel perlu diperbetulkan kerana ia sama sekali tidak tepat dan tersasar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, subsidi tersebut disasarkan semula bagi menangani isu ketirisan yang berlaku sekian lama sejak pendekatan subsidi pukal diguna pakai.

Beliau berkata demikian dalam program Town Hall Rakyat Bersama Armizan Mohd Ali pada Jumaat.

#BeritaSemasa #SinarHarian #TownHallRakyat #KPDN #SubsidiDiesel

Disyorkan