'Percaya kepada KPDN, setiap aduan pasti disiasat'

  • bulan lalu
'Percaya kepada KPDN, setiap aduan pasti disiasat'

Orang ramai diminta agar tidak terlalu mempercayai isu viral, sebaliknya membuat aduan terus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) jika berdepan dengan sebarang masalah dan salah laku.

Menterinya, Armizan Mohd Ali berkata, beliau sendiri akan memastikan setiap aduan orang awam disiasat dan segera mengarahkan pegawai mengambil tindakan agar hak mereka dilindungi.

Armizan berkata demikian dalam program Town Hall Rakyat Bersama Armizan Mohd Ali pada Jumaat.

#BeritaSemasa #SinarHarian #TownHallRakyat #KPDN #SubsidiDiesel

Disyorkan