Pelajar Malaysia di Dhaka boleh pulang, sambung pengajian

  • 3 bulan lalu
Pelajar Malaysia yang telah dibawa pulang dari Bangladesh akan diberi pilihan sama ada mahu menyambung pengajian mereka di dalam negara atau kembali ke negara itu sekiranya keadaan kembali aman.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, pihaknya telah mengarahkan supaya satu perbincangan lebih lanjut dilaksanakan bersama pelajar-pelajar berkenaan dari segi hala tuju mereka selepas ini.

Disyorkan