Malaysia mampu capai status berpendapatan tinggi pada 2027

  • bulan lalu
Malaysia mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2027 sekiranya ekonomi negara tumbuh empat hingga lima peratus setiap tahun dan ringgit mengukuh sekitar RM4.20 berbanding dolar AS.

Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, sekiranya sasaran ini dapat dicapai, Malaysia akan dilihat sebagai negara berpotensi yang seterusnya berupaya bangkit kembali menjadi ‘Harimau Asia’. 

Disyorkan