• 2 months ago
Bekalan insulin manusia di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) yang terjejas baru-baru ini adalah disebabkan isu pengeluaran di fasiliti pembekal tempatan, demikian menurut kementerian itu.

Dalam kenyataan pada Khamis, KKM memaklumkan bagi memastikan rawatan pesakit dapat diteruskan tanpa gangguan, kementerian itu telah mengambil beberapa pendekatan termasuk meningkatkan penggunaan insulin jenis analog dan terapi oral berdasarkan penilaian klinikal oleh doktor yang merawat pesakit.

Recommended