• 2 months ago
Tiada siapa yang sangka, sukan pelayaran juga boleh disertai menerusi dunia maya. Idea unik yang dilaksanakan di negara ini tercetus susulan keterbatasan mobiliti atlet sukan layar UMT akibat pandemik koronavirus (Covid-19) pada tahun 2020.
Kejohanan secara maya juga turut dianjurkan bagi memperkasa pengalaman baharu ini.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) turut pertama kali menganjurkan kejohanan sukan pelayaran secara maya di peringkat kebangsaan bagi acara e-sport di platform rasmi pelayaran secara maya, ‘Virtual Regatta’.

Category

🗞
News

Recommended