• 2 months ago
Nekad teruskan majlis perkahwinan pada hari mengundi

Biarpun tarikh perkahwinan mereka jatuh pada tarikh hari mengundi pada bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, namun pasangan pengantin nekad meneruskan majlis ijab kabul mereka walaupun terpaksa ke pusat pengundian dengan berbusana pengantin, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Bagi Nurarissa Shazni Kamal dan suaminya, Mohammad Hafizzudin Anaffiah, yang masing-masing berusia 27 tahun, tarikh hari ini (28 September) akan menjadi tarikh istimewa untuk diingati sampai bila-bila.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/688140/berita/politik/nekad-teruskan-majlis-perkahwinan-pada-hari-mengundi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKMahkota

Recommended