Penduduk Sembulan rayu kerajaan tangguh roboh rumah

  • 21 jam lalu
Penduduk Sembulan rayu kerajaan tangguh roboh rumah

Lebih 1,000 penduduk di Kampung Sembulan meminta supaya kerajaan menangguhkan sementara waktu rancangan merobohkan struktur rumah di kawasan kampung tersebut yang dijadualkan pada 11 November depan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Perkara itu disampaikan menerusi satu pertemuan dalam sesi libat urus antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama pemilik lot tanah Sembulan yang berdaftar dalam kawasan skim pembangunan semula bandar Sembulan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Selasa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/689794/edisi/sabah-sarawak/penduduk-sembulan-rayu-kerajaan-tangguh-roboh-rumah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #robohrumah #DBKK

Disyorkan