Interior Kondominium Mewah Milik Anak Ridz Okumura

  • kelmarin
Interior Kondominium Mewah Milik Anak Ridz Okumura

Pengusaha Salon Rambut terkenal Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali Ridz Okumura yang juga merupakan ayah saudara kepada pelakon Zarina Zainuddin ini ada berkongsi dekorasi indah kondominum mewah baru-baru ini.

Kondominium tersebut merupakan milik anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura,12 yang dihadiahkan oleh neneknya warganegara Jepun. Bertuahnya jadi cucu!

Selepas 7 tahun rumah tersebut tidak didiami, barulah ia disewakan dengan harga RM13,000 sebulan lengkap dengan perabot.

Mempunyai 5 bilik, 4 bilik air dapur kering, dapur basah, ruang tamu, ruang makan dan balkoni.

Cantik dan simple interior kondominium ini. Semoga menjadi inspirasi buat kediaman yang lain.

#impiana
#impianakongsi
#dekordekorimpiana
#dekorasikondominium

Disyorkan