Rakyat Palestin dapat terus bertahan kerana sokongan umat Islam

  • 6 jam lalu
Rakyat Palestin dapat terus bertahan kerana sokongan umat Islam

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Rejim zionis terpaksa menggunakan segala ketenteraannya termasuk dibantu kuasa besar dunia untuk menawan bandar Gaza yang kecil, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.

Jelasnya, meskipun penduduk Gaza tidak ramai, tetapi melalui gerakan Taufan al-Aqsa mereka berjaya mengalahkan Zionis ditambah dengan sokongan umat Islam seluruh dunia.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ‘Himpunan Setahun Gaza, Demo Mega’ berhampiran Kedutaan AS di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Sabtu.

#SinarHarian #BeritaSemasa #palestin #HadiAwang #himpunansetahungazademomega #pas

Category

🗞
Berita

Disyorkan