• 8 hours ago
6 sekeluarga etnik Rohingya termasuk wanita sarat hamil dihadapkan ke mahkamah

Enam sekeluarga etnik Rohingya termasuk seorang wanita yang sarat hamil dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota tinggi, pada Khamis atas 13 pertuduhan pecah rumah, simpan harta curi dan ceroboh, sejak awal tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Tertuduh Norjahan Ismail, 34, yang mengandung anak keempat dan suaminya, Muhammad Ibrahim Md Yusof, 24, dituduh dengan 11 pertuduhan pecah rumah serta simpan harta curi.

Manakala menantunya, Mohamad Jamal, 19, dan tiga anak perempuannya masing-masing berusia 17, 14, dan 13 tahun didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/692880/berita/semasa/6-sekeluarga-etnik-rohingya-termasuk-wanita-sarat-hamil-dihadapkan-ke-mahkamah

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #etnikrohingya #kespecahrumah

Recommended