• 14 hours ago
SEBELUM INI pernah viral mengenai pengantin perempuan tarik diri pada saat akhir.

Kali ini, majlis raja sehari pula hampir musnah gara-gara perancang majlis perkahwinan menghilangkan diri sehari sebelum majlis sepatutnya berlangsung.

Kisah pasangan itu dikatakan tular di media sosial apabila seorang lelaki yang dipercayai bapa pengantin memaklumkan majlis perkahwinan anaknya hampir tidak dapat dilaksanakan kerana ditipu oleh perancang majlis yang dipilih sebelum ini.

Lelaki tersebut tidak percaya bahawa kejadian sedemikian akan terkena pada diri sendiri. Beliau sempat menasihati tetamu yang hadir supaya tidak membuat pembayaran penuh kepada perancang majlis perkahwinan dan perlu berhati-hati dalam memilih.

SinarPlus berharap pihak pengantin mendapat keadilan, kita tidak patut biarkan kejadian seperti ini terjadi lagi!

Sumber: Media sosial

#lifestylesinarharian #sinarplus #pengantin #rajasehari #weddingplannermalaysia #ScammerAlert

Recommended