• 19 hours ago
Syarikat pengilang beras, pengarah didakwa perihal dagangan palsu

Sebuah syarikat pengilang beras dan dua pengarahnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada Selasa atas pertuduhan melakukan perihal dagangan palsu pada 13 kampit beras 'Super Import' di sebuah pasar raya di Jempol, tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Syarikat Serba Wangi Sdn Bhd dan Orang Kena Saman(OKS), Lim Hooi Chung, 50, serta Low Kok Cheng, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang didakwa di bawah Seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 dan dibaca bersama Seksyen 6(1)(a) dan 6(1)(d) Akta yang sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(A) akta yang sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/697440/berita/semasa/syarikat-pengilang-beras-pengarah-didakwa-perihal-dagangan-palsu

#SinarHarian #BeritaSemasa #daganganpalsu #mahkamah

Recommended