• 2 days ago
Trend pasangan pilih 'childfree' membimbangkan

Trend pasangan berkahwin yang memilih untuk tidak mempunyai zuriat atau 'childfree' dilihat membimbangkan kerana boleh memberi kesan jangka panjang kepada struktur penduduk Malaysia, termasuk mempercepatkan proses negara menua.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (PWKM), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, walaupun menyedari keputusan untuk tidak mempunyai zuriat adalah hak keluarga atau pasangan, namun kerajaan sentiasa menggalakkan pasangan yang berkahwin untuk memiliki anak.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail berhubung pendekatan kerajaan untuk meningkatkan kadar kesuburan keseluruhan (TFR) berikutan kadar kesuburan negara menurun ekoran trend pasangan memilih untuk tidak mempunyai anak atau childfree.

Artikel: https://sinarharian.com.my/article/697893/berita/nasional/trend-pasangan-pilih-childfree-membimbangkan

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #tredchildfree #childfree

Category

🗞
News

Recommended