• 2 hours ago
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara menurun kepada 176 orang setakat 12 tengahari, berbanding 183 mangsa pagi tadi.

Angka terkini ini melibatkan 46 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.

Lima negeri tersebut adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.

Recommended