Seorang lelaki warga emas menjadi korban pertama banjir di Terengganu selepas ditemui lemas di Kampung Amer, Besut pada Khamis.
Mangsa Tuan Jusoh Tuan Hassan,66 tahun dilaporkan pergi ke kawasan sawah padi kira-kira jam 8.15 pagi untuk memukat ikan bersama tiga lagi rakannya.