Situasi banjir yang melanda jajahan Pasir Mas susulan peningkatan paras air Sungai Golok melepasi 11.42 meter pada petang Khamis, disifatkan sebagai luar biasa.
Bahkan kawasan tinggi yang tidak dinaiki air pada bah kuning 2014, dinaiki air pada banjir gelombang pertama kali ini.