• last year
Jawi diarah siasat isu pembesar suara kuat di masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarahkan menyiasat dakwaan penggunaan pembesar suara yang kuat ketika menyampaikan kuliah agama di sebuah masjid di Keramat, Kuala Lumpur, baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian Nurfadlina Izzati Moktar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, ini susulan beberapa aduan diterima berhubung perkara itu yang didakwa mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan berhampiran.

Artikel :https://www.sinarharian.com.my/article/701094/berita/semasa/jawi-diarah-siasat-isu-pembesar-suara-kuat-di-masjid

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Jawi #IsuPembesarSuara #Keramat

Recommended