Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata lantikan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra sebagai penasihat kepada Pengerusi ASEAN adalah usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa kemakmuran ekonomi ke seluruh negara-negara anggota ASEAN. Jelasnya, Thaksin mempunyai rekod pelaksanaan dasar menaiktaraf kehidupan rakyat yang memberangsangkan dan boleh dipelajari untuk kepentingan bersama. #DialogTigaPenjuru #ASEAN25
Category
🗞
News