• 2 days ago
Guna teknologi MOCN tingkat liputan 4G - Nie Ching

Kementerian Komunikasi akan memfokuskan usaha untuk memperbaiki kestabilan liputan 4G di kawasan yang kurang mendapat liputan internet melalui teknologi Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN), demikian Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, walaupun secara purata liputan 4G bagi kawasan berpenduduk di negara ini sudah melebihi 97 peratus, namun peratusan liputan oleh setiap syarikat telekomunikasi adalah berbeza.

Beliau menjawab soalan tambahanAhli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari yang ingin tahu bagaimana kerajaan akan memastikan liputan 4G tidak diabaikan susulan penggunaan 5G.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/710988/berita/nasional/guna-teknologi-mocn-tingkat-liputan-4g---nie-ching

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #MOCN #4G #KementerianKomunikasi #parlimen

Category

🗞
News

Recommended