• 2 days ago
Titah Adendum: Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab, kata PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang kerana perkara itu masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Beliau berkata, meskipun pembangkang terus menekan untuk mendapatkan jawapan segera, beliau telah memberi jaminan di Parlimen bahawa segala penjelasan akan diberikan selepas kes selesai.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/712458/berita/nasional/titah-adendum-nak-lari-dari-mana-selesai-kes-mahkamah-saya-jawab-kata-pm

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #titahadendum

Recommended