• 2 days ago
Wow Besarnya, Banglo 3 Tingkat +7 Bilik Tidur 4,050kps!

IMPIANA berkesempatan untuk 'feature' salah satu projek milik kontraktor bumiputera, Aidil Cemerlang Sdn Bhd.

Kediaman berkonsep moden, jenis banglo 3 tingkat dengan keluasan 4,080 kaki persegi.

Mempunyai 7 bilik tidur dan 7 bilik air. Memang besar dan luas!

Paling kami suka bahagian outdoor yang cantik, lengkap dengan landskap laman yang praktikal di samping bunyi pancuran air di kolam renang yang cukup menenangkan.

Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain.

INFO KEDIAMAN
Nama Kontraktor: Aidil Cemerlang Sdn Bhd
Usia Kediaman: 2 Bulan (Siap Disember 2024)
Konsep Hiasan Dalaman: Moden
Lokasi:Selayang
Keluasan Kediaman: 4,050kps (80’x40’)
Anggaran Kos Renovasi/Ubahsuai Rumah: RM600k
Tempoh Renovasi: 11 Bulan
Jenis Kediaman: Banglo 3 Tingkat

Spesifikasi Ruang Kediaman:
Dapur Basah, Dapur Kering, 2 Ruang Tamu, 7 Bilik tidur, 7 Bilik Air, Balkoni, Kolam Renang, Mini Landskap, Laundry Area & Garaj Boleh memuatkan 4 Buah Kereta

Saksikan video penuh 'house tour' kediaman ini di Facebook & YouTube @impianaofficial

#impiana
#housetourimpiana
#banglotigatingkat
#binaanrumahbanglo
#dekorasirumah
#impianakongsi

Recommended