• yesterday
Pengawal keselamatan mengaku salah ganggu ketenteraman di balai polis

Seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kulai pada Jumaat atas pertuduhan berkelakuan rusuh di kawasan balai polis, termasuk mengganggu dan meninggikan suara terhadap seorang anggota polis, Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tertuduh, KR Pathma Seelan, 21 tahun, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret R Salini, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #gangguketenteraman

Category

🗞
News

Recommended