• 2 days ago
Operasi sukar, bomba ambil masa 5 jam keluarkan mangsa rentung

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mengambil masa hampir lima jam untuk mengeluarkan dua mangsa rentung yang terperangkap dalam kebakaran di bilik transformer di sebuah kilang di Tangga Batu pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Kejadian lebih kurang jam 10 pagi itu dipercayai berlaku apabila bilik transformer di kilang berkenaan terbakar menyebabkan lelaki tempatan berusia 28 tahun dan seorang pekerja warga Bangladesh maut manakala dua lagi pekerja asing mengalami melecur.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/714493/berita/semasa/operasi-sukar-bomba-ambil-masa-5-jam-keluarkan-mangsa-rentung

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #kebakaran #pekerjarentung #pekerjamelecur

Recommended