Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji secara mendalam beban kerja yang ditanggung oleh tenaga akademik di universiti awam. Bagaimana inisiatif ini dapat mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dan penyelidik, termasuk tuntutan pengajaran, penyelidikan, penerbitan akademik, serta tugas pentadbiran? Bersama Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Balakrishnan Parasuraman berbincang tentang langkah-langkah penambahbaikan bagi memastikan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan produktif.
Category
🗞
News