• 2 days ago
Penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami dan empat lagi rakan terlepas daripada penjara selepas dibebaskan daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda yang ditemukan di dalam sebuah bilik hotel di Golok pada 1 November lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim selepas meneliti semua keterangan saksi pendakwaan semasa tiga hari prosiding sebutan semula kes tersebut pada 11, 13 dan 14 Februari lalu.

Hakim menerusi hujah penghakimannya berkata, tiada bukti yang boleh dikaitkan dengan pemilikan 6,059 biji pil kuda itu dengan keenam-enam tertuduh.

https://www.sinarharian.com.my/article/716156/berita/semasa/eda-ezrin-suami-dan-empat-rakan-bebas-tuduhan-miliki-pil-kuda

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #EdaEzrin #dadah #thailand

Recommended