Nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atau kekal bersalah atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) akan diputuskan selepas hujahan di Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu. Sebelum ini mahkamah menetapkan hujahan bagi kedua-dua pihak, dijalankan selama dua hari iaitu 19 dan 20 Mac.
Category
🗞
News