Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Erdoğan berjanji terus sokong Syria dan usaha hapus sekatan antarabangsa, dalam pertemuan dengan Presiden al-Sharaa di Forum Diplomasi Antalya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Tukir Recep Tayyip Erdogan memaklumkan kepada Presiden Syria Ahmed Al-Syara'ah bahawa ia akan terus berusaha secara diplomatik bagi menghapuskan sekatan antarabangsa terhadap Syria.
00:11Kediatan tersebut disampaikan semasa pertemuan mereka dalam Forum Diplomasi Antalya pada Jumaat yang turut membincangkan kerjasama dua hala setelah isu pemulihan ekonomi pasca konflik.
00:21Dalam pertemuan itu, Erdogan menekankan keperluan untuk menghidupkan semula hubungan perdagangan dan memperkukuh kerjasama ekonomi antara Turki dan Syria sebagai langkah penting ke arah kestabilan serantau.
00:35Beliau turut menyatakan komitmen Turki untuk terus memberikan sokongan kepada Syria dalam usaha pemulihan dan pembangunan semula negara itu selepas bertahun-tahun terjejas akibat Perang Saudara.
00:45Pendekatan ini mencerminkan usaha perterusan Ankara untuk memulihkan hubungan dengan Damsyik selepas lebih satu dekad ketegangan susulan konflik dalaman dan ketidakstabilan politik di Syria.
00:56Sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad pada Desember 2024, hubungan antara kedua negara menunjukkan pemulihan secara berperingkat termasuk dialog berkaitan keselamatan sepadan dan pemulangan pelarian Syria.
01:08Presiden Ahmad Al-Syarah yang dilantik sebagai pemimpin interim Syria pada Januari 2025, kini giap menjalankan lawatan diplomatik untuk meraih sokongan antarabangsa demi pemulihan ekonomi negaranya.
01:20Turki sebagai negara jiran dan rakan dagang utama Syria memainkan peranan penting dalam inisiatif pemulihan tersebut dan dilihat sebagai saluran penting bagi pelaburan serta pembangunan semula.

Recommended