Presiden Trump beri amaran keras kepada Iran agar hentikan program nuklearnya, menjelang rundingan penting di Oman yang turut disertai utusan khas AS dan Iran.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Presiden Donald Trump memberi amaran Iran bakal berdepan dengan padah sirius jika Republik Islam itu meneruskan program pembangunan senjata nuklirnya menjelang rundingan penting antara kedua-dua negara.
00:12Sesuai akhbar White House, Carolyn Leavitt memaklumkan matlamat utama Presiden adalah untuk memastikan Iran tidak memperolehi keupayaan senjata nuklir dalam sebarang keadaan.
00:22Beliau menjelaskan Trump masih percaya kepada pendekatan diplomatik namun menegaskan semua pilihan termasuk tindakan ketenteraan kekal terbuka sekiranya rundingan diplomatik tidak membuahkan hasil.
00:35Leavitt menambah Trump menyampaikan mesej yang jelas kepada Iran bahawa negara itu perlu mematuhi tuntutannya atau bersedia menghadapi akibat yang serius dan pendirian ini turut disokong oleh pasukan keselamatan negara.
00:46Kutusan khas AS Steve Whitcoff dijadualkan mengadakan rundingan pada Sabtu dengan dedikasi Iran di Oman yang akan diketuai oleh Menteri Luar Iran Abbas Araqchi manakala Oman akan bertindak sebagai orang tengah melalui Menteri Luar Badar Al-Busaidi.
01:00Pada Februari, Trump telah melancarkan semula kempen tekanan maksimum antara Iran termasuk usaha agresif untuk mengurangkan ekspor minyak Iran kepada SIFAR bagi menghalang negara itu membina senjata nuklir.