Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 3 days ago
Steve Witkoff temui Putin bagi rundingan damai Ukraine ketika Trump desak Rusia hentikan perang, namun syarat Kremlin terus cetus kebuntuan rundingan.
Transcript
00:00Utusan khas Presiden AS Steve Wyckoff mengadakan pertemuan rasmi dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di St. Petersburg bagi membincangkan usaha mencapai perjanjian damai berhubung konflik di Ukraine.
00:12Pertemuan tersebut berlangsung selama lebih 4 jam di perpustakaan Presiden St. Petersburg dan disiarkan secara langsung oleh televisyen rasmi Rusia yang menunjukkan Putin menyambut ketibaan Wyckoff secara rasmi.
00:22Menurut kenyataan rasmi Kremlin, tema utama perbincangan adalah mengenai penyelesaian konflik Ukraine termasuk usaha mencapai gejata senjata dan perundingan damai jangka panjang.
00:34Wyckoff kini dilihat sebagai tokoh penting dalam memulihkan hubungan diplomatik antara Washington dan Moskow termasuk rundingan berkaitan pelaburan bersama di Artik serta sektor mineral nadir bumi Rusia.
00:44Namun, rundingan itu berlangsung dalam suasana tegang apabila dialog antara Rusia dan AS dilihat semakin perlahan akibat perbezaan pendapat berhubung syarat-syarat menghentikan permusuhan.
00:57Presiden Donald Trump dikatakan semakin hilang sabar dan memberi amaran bahawa sekatan mungkin dikenakan terhadap negara-negara yang terus membeli minyak Rusia sekiranya Moskow terus melengah-lengahkan proses damai.
01:08Dalam satu kenyataan di platform True Social, Trump mendekaskan Rusia perlu bertindak segera kerana terlamai nyawa yang terkorban dalam perang yang dianggap sia-sia dan sepatutnya boleh dielakkan.

Recommended