Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay maklumkan kes kemalangan maut di seluruh negara sepanjang tempoh Op Selamat 24 sempena sambutan Aidilfitri bermula 29 Mac hingga 3 April, merekodkan penurunan sebanyak 41 peratus di mana jumlahnya menurun kepada 77 kes berbanding 131 kes tahun lepas.
Transcript
00:00KEMALANGAN MAUT
00:30Turut berkurangan ialah jumlah kematian akibat kemalangan dengan merekodkan 85 kematian menurun sebanyak 59 kematian bersamaan 41% berbanding 144 kematian pada tahun sebelumnya.
00:44Dalam pada itu, beliau berkata kemalangan jalan raya meningkat sebanyak 408 kes bersamaan 4% iaitu sebanyak 9,859 kes berbanding 9,451 kes pada tahun lepas.
00:57Jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia juga semakin meningkat sehingga mencecah lebih 36.6 juta, turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kenderaan terlibat kemalangan dalam Ops Selamat edisi ini.
01:08Beliau berkata sejumlah 91,727 saman telah dikeluarkan di seluruh negara, meningkat sebanyak 1,087 saman bersamaan 1% berbanding 90,640 saman semasa Ops Selamat 22.
01:21Katanya penunggang dan peboncing motosikal masih mencatatkan kematian tertinggi dengan 52 kematian berbanding 93 kematian yang direkodkan pada tahun lepas berkurangan sebanyak 41 kematian bersamaan 44%.
01:34Sementara itu, Ayuk Han berkata Ops Selamat kali ini turut memberi penekanan kepada aspek keselamatan harta benda dan premis yang ditinggalkan.
01:42Sepanjang tempoh terbabit, sebanyak 12,773 pemakluman balik kampung diterima berbanding 10,869 pemakluman pada Aidilfitri tahun lepas dengan sejumlah 76,274 rondaan dijalankan iaitu meningkat 27% berbanding 55,837 rondaan semasa edisi sebelumnya.

Recommended