Kerajaan Kelantan yakin bahawa semua cadangan projek pembangunan yang dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan akan diberikan pertimbangan yang sewajarnya.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kelantan yakin bahawa semua cadangan projek pembangunan yang dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan akan diberikan pertimbangan yang sewajarnya.
00:10Menteri Besar Dato' Muhammad Nasruddin Daud berkata cadangan tersebut telah dibincangkan bersama Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat khas pembangunan negeri Kelantan yang diadakan di Kota Darul Naim pada Sabtu.
00:22Beberapa cadangan projek yang menjadi keutamaan Kerajaan Negeri Kelantan telah dikemukakan kepada pihak yang amat berhormat Perdana Menteri.
00:35InsyaAllah saya cukup optimis di atas semangat federalisme yang tinggi cadangan-cadangan tersebut akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat negeri Kelantan.
00:51Dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Iyak Mahumat Datuk Perdana Menteri yang bukan sahaja mempertimbangkan permohonan Kerajaan Negeri tetapi meluluskan.
01:04Sebelum ini semua yang dipohong oleh Kerajaan Negeri diluluskan.
01:09Beliau berkata demikian dalam majlis sambutan Aidilfitri Madani 2025 bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama Bacu.
01:17Mohd Nasruddin turut menyatakan harapan agar hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang dijunjung atas prinsip federalisme dapat terus direalisasikan bersama.
01:29Tambahnya Kerajaan Negeri dan Persekutuan bukanlah untuk bersaing antara satu sama lain tetapi perlu bergerak seiring dalam menjayakan agenda rakyat.
01:37Terima kasih.
01:38Terima kasih.
01:39Terima kasih.