Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Lebih 10,000 individu di Korea Selatan mendapat bantuan kerajaan dalam usaha menangani jenayah seks digital sepanjang 2023, jumlah tertinggi sejak penubuhan Pusat Sokongan Mangsa Jenayah Seks Digital pada 2018.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lebih 10,000 individu di Korea Selatan mendapat bantuan kerajaan dalam usaha menangani jenayah seks digital sepanjang 2023 yang merupakan jumlah tertinggi sejak penubuhan pusat sokongan mangsa jenayah seks digital pada 2018, peningkatan mendadak penggunaan kecerdasan buatan AI untuk menghasilkan deepfake menyumbang kepada lonjakan terbabit.
00:23Berdasarkan laporan jenayah seks digital yang dikeluarkan Kementerian Kesaksamaan Jantina dan Keluarga, seramai 10,305 individu menerima sokongan pada 2023 iaitu peningkatan 14.7% berbanding tahun sebelumnya dengan majoriti mangsa adalah dalam kalangan remaja dan individu berusia 20-an.
00:45Bantuan berkenaan diberi dalam bentuk kaunseling, bantuan pemadaman kandungan serta rujukan kepada bantuan perundangan, perubatan dan siasatan.
00:55Jumlah bahan haram yang berjaya dipadamkan juga melepasi 300,000 buat kali pertama, meningkat 22.3% dari tahun ke tahun.
01:05Remaja menyumbang 27.9% daripada jumlah mangsa, naik daripada 17.8% pada 2022, manakala mangsa dalam lingkungan umur 20-an mencatatkan 50.2% meningkat mendadak daripada 18.2%.
01:21Menurut pihak berkuasa, dipercayai jumlah sebenar mangsa remaja mungkin lebih tinggi disebabkan masalah ramai tidak melapor kejadian.
01:29Pada 2023, sebanyak 1,384 kes dilaporkan meningkat 227.2% berbanding 423 kes pada tahun sebelumnya.
01:41Sebanyak 92.6% mangsa deepfake adalah individu berusia bawah 30 tahun.
01:46Laporan berhubung rakaman haram juga meningkat daripada 2,927 kes kepada 4,182 kes dalam tempoh yang sama.

Recommended