Menurut Penolong Ketua Bomba Boca Raton Fire Rescue, Michael Lasalle, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu 12 minit selepas pesawat tersebut berlepas dari lapangan terbang Boca Raton pada jam 10 pagi yang dijadualkan menuju ke Tallahassee, Florida.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Baik, ini adalah perkembangan pertama untuk global.
00:03Tiga maut seorang cedera selepas sebuah pesawat kecil jenis Cessna 310 terhempas di lapangan terbang Boca Raton, Florida pada Jumaat waktu tempatan.
00:14Menurut penolong ketua Bomber Boca Raton Fire Rescue, Michael Lasille, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu 12 minit selepas pesawat berlepas pada jam 10 pagi.
00:26Pesawat ringan itu dijadualkan menuju ke Tallahassee, Florida.
00:31Pesawat tersebut sempat melakukan beberapa pusingan mengelilingi lapangan terbang sebelum ia terhempas pada jam 10.20 pagi.
00:38Ekoran kejadian itu, pesawat tersebut meletup sehingga lelaki yang memandu di kawasan berhampiran turut dilaporkan mengalami kecederaan akibat terkena serpihan dan kebakaran.
00:49Namun, mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius dan sedang menerima rawatan di hospital berdekatan.
00:56Terima kasih telah menonton!