Barangan elektronik yang diimport ke Amerika Syarikat (AS) akan dikecualikan daripada dikenakan tarif besar-besaran oleh Presiden Donald Trump.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Baik, ini adalah perkembangan yang juga baru kita terima barangan elektronik yang diimport ke Amerika Syarikat akan dikecualikan daripada dikenakan tarif besar-besaran oleh Presiden Donald Trump.
00:11Dan perkara ini dimaklumkan oleh satu notis yang dikeluarkan kustom dan pelindungan sempada Amerika Syarikat yang disiarkan pada jemaat.
00:19Tambah kenyataan, telefon pintar, monitor, komputer termasuk komponen elektronik antara produk yang dikecualikan.
00:26Pengecualian ini digunapakai kepada produk yang memasuki Amerika atau dikeluarkan dari gudang seawal 5 April.
00:33Langkah ini diambil selepas pertadbiran Trump mengenakan kadar tarif minimum sebanyak 145% ke atas barangan dari China yang diimport ke Amerika.
00:42Dalam pada itu, tarif ini juga dijangka memberi kesan besar kepada syarikat teknologi kegasi seperti Apple yang mengeluarkan iPhone dan produk lain di China.
00:52Wet Bush Securities melaporkan kiri-kiri 90% daripada pengeluaran dan pemasangan iPhone Apple kini berpangkalan di China.
01:01Dan sementara itu, Counterpoint Research, sebuah firma yang memantau penghantaran telefon pintar global,
01:08turut menganggarkan Apple mempunyai stok untuk tempoh sehingga enam minggu di Amerika dan setelah bekalan habis, harga dijangka meningkat.