Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Fahmi Fadzil sah bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat PKR, tekad bawa nafas baharu dan kukuhkan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik dalam perkembangan berasingan, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat PKR, Dato' Fahmi Fazil, mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat MPP dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Mei ini.
00:14Beliau menjelaskan keputusan tersebut dibuat selepas mengadakan lawatan ke beberapa negeri dan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pemimpin parti.
00:21Fahmi menyatakan penyertaannya bertujuan untuk memperkukuh struktur parti dan memberi nafas baharu kepada barisan kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat agar terus relevan dan dinamik dalam menghadapi cabaran politik semasa.
00:35Beliau juga memaklumkan bahawa beliau akan melaksanakan kempen secara sihat bersama rakan-rakan sepasukan dan berhasrat memperkenalkan satu bentuk kepimpinan yang segar serta inklusif demi masa depan parti.
00:46Menurut Fahmi, pembaharuan kepimpinan adalah penting kerana kepimpinan inilah yang akan memacu hala tujuh parti dan rakan gabungan dalam kerajaan perpaduan menjelang pilihan raya umum ke-16.
00:57Pemilihan PKR bagi jawatan di peringkat cabang, wanita cabang dan angkatan muda keadilan cabang telah bermula pada 11 April dan akan berlangsung sehingga 20 April ini.
01:07Sementara itu, pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat MPP, Majlis Pimpinan Wanita Pusat dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat dijadwalkan berlangsung pada 24 Mei ini.
01:19Terima kasih telah menonton!

Recommended