Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
#TragediPutraHeights SPNB Bina Semula 81 Rumah Musnah Sepenuhnya

Hampir 2 minggu tragedi menggemparkan negara ini berlaku yang telah memusnahkan banyak kediaman dan harta benda. Pelbagai bantuan diberikan kepada mangsa dan pemilik kediaman daripada kerajaan dan syarikat korporat.

Terbaru, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina semula 81 kediaman yang musnah sepenuhnya dalam insiden kebakaran dan letupan saluran paip gas di Putra Heights dengan kos dibiayai oleh kerajaan. Alhamdulillah, semoga nasib mangsa & pemilik kediaman terus terbela.

#impiana
#impianakongsi
#letupansaluranpaipgas
#putraheights
Transcript
00:00Tanggal 1 April 2025, jam 8.10 pagi ketika hari kedua sambutan Aidilfitri menjadi detik hitam buat para penduduk Putra Haid di Subang Jaya
00:11apabila dikejutkan dengan letupan kuat dan besar yang mengakibatkan kebakaran pada saluran pipe gas milik Petronas
00:18Meskipun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun bencana ini telah memusnahkan banyak kediaman, merosakkan harta benda dan mengakibatkan kecederaan buat mangsa yang terlibat
00:27Sejak dari hari pertama tragedi berlaku, pelbagai bantuan dan sokongan moral diberikan kepada mangsa dan pemilik kediaman, baik daripada kerajaan maupun syarikat korporat
00:36Terbaru, Syarikat Perumahan Negara Berhad SPNB dilaporkan akan memina semula 81 kediaman yang musnah sepenuhnya dalam isiden kebakaran dan letupan saluran pipe gas di Putra Haid dengan kos dibiayai oleh kerajaan
00:48Ketua Pegawai Ezeketif SPNB Muhammad Jamil Idris berkata, daripada jumlah itu, sejumlah 48 unit membabitkan kediaman di Taman Putra Harmony
00:56Manakala 33 lagi di Kampung Kuala Sungai Baru
01:00Namun demikian, pertemuan akan diadakan dengan pemilik rumah bagi mendapatkan persetujuan terlebih dahulu
01:05Pembinaan semula itu dilaksanakan menerusi pelan tindakan pemulihan dan pembinaan semula yang diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Koming
01:13Bagaimanapun, katanya, model kediaman yang akan dibina masih belum dimuktamakan
01:18Terdahulu, sebanyak 1.4 juta bantuan awal oleh Kerajaan dan Petronas diserahkan kepada 219 mangsa yang terlibat
01:26Pemilik rumah yang musnah sepenuhnya bahkan menerima bantuan tunai RM10,000 dan separa musnah dapat RM5,000
01:32Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amruddin Syahari berkata, jumlah sumbangan untuk rumah yang musnah sepenuhnya adalah
01:38sebanyak RM5,000 dari Petronas yang dikawal sedia sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri dan RM5,000 daripada Kerajaan Perseru Ketuan
01:45Selain bantuan tunai, banyak syarikat koprak yang tampil menyalurkan bantuan dan sumbangan dalam pelbagai bentuk
01:50bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa yang terlibat
01:53Antaranya, rebat 1 bulan bil air
01:55Pelanggan air selangor yang terjejas dalam insiden kebakaran seluruhan pipe gas di Pudrahaid, Subanjaya pada 1 Api lepas
02:02akan dikecualikan bayaran bil air bagi bulan Mac
02:04Air selangor dalam satu kenyataan memaklukan rebat sebanyak 100% untuk 1 bulan secara one-off itu
02:10diberikan bagi membantu meringankan beban pelanggan terlibat
02:13Selain itu, syarikat e-utility itu juga menyediakan beberapa bantuan lain
02:17seperti tidak mengenakan cas bagi penyambungan semula bekalan air
02:21untuk rumah yang mengalami gangguan air akibat kebakaran tersebut
02:24Kedua, syarikat koprak sumbang wang tunai RM3,000 kepada 400 keluarga
02:28Menteri Pengangkutan Anthony Locke berkata
02:30Perjaya Koperasi Berhad menyumbangkan RM3,000 kepada 300 keluarga
02:35matangkala Metric Concept Holding Berhad
02:37yang berpengkalan di Negeri Sembilan menyalurkan jumlah yang sama kepada 100 buah keluarga
02:42Ketiga, syarikat otomatif tawar kereta percuma untuk kegunaan sebulan
02:47Lebih 200 kenderaan sementara ditawarkan oleh beberapa syarikat otomatif
02:51bagi kegunaan mangsa terlibat untuk tempoh 1 bulan secara percuma
02:56Ia bagi memudahkan mangsa untuk menjalankan urusan harian mereka
02:59Antaranya seperti berikut
03:00Dan akhir sekali, RM500 baucer pembelian kelengkapan rumah Panasonic
03:13Panasonic Malaysia menawarkan sebanyak 240 e-baucer bernilai RM500 setiap satu
03:19bagi membantu mangsa untuk memberi barangan elektrik dan kelengkapan rumah jenama Panasonic
03:24Permohonan e-baucer menerusi Google Form dan baucer akan dihantar terus ke email permohon yang berjaya
03:30Impian namun doakan semoga dipermudahkan urusan setiap mangsa dan pemilik kediaman yang terjejas
03:35akibat letupan saluran pet gas di Putra Haid ini
03:38Semoga dengan setiap bantuan yang diberikan dapat meringankan sedikit bebanan dalam menghadapi musibah ini
03:44Terima kasih kerana menonton!

Recommended