Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengucapkan takziah atas pemergian mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi ibarat hilangnya permata berharga buat negara.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pemergian mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, Allahyarham Tuan Abdullah Makpedawi Ibarat, hilangnya permata berharga buat negara.
00:08Yang di betul negeri Sarawak, Tuan Dr. Wan Junaidi Tuangku Jaafar memberitahu, Allahyarham dikenang sebagai seorang negarawan ulung yang mencurahkan khidmat bakti dengan penuh dedikasi, kesantunan serta kepimpinan berteraskan nilai murni.
00:21Dalam hantaran di Facebook berkata, Allahyarham banyak menyumbang kepada pembangunan negara, terutamanya menerusi dasar Islam Hadari yang diperkenalkan sewaktu pentadbirannya.
00:33Sepanjang memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri dari tahun 2003 hingga 2009, Allahyarham telah memperkenalkan pelbagai dasar dan pendekatan yang membawa perubahan besar kepada negara.
00:47Ia termasuk menekankan pembangunan menyeluruh masyarakat Islam dengan menyeimbangkan kemajuan rohani dan jasmani.
00:55Pendekatan ini sekaligus memperkukuh imej Malaysia sebagai negara Islam yang progresif dan sederhana di mata dunia.
01:03Sementara itu, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menyifatkan, Allahyarham sebagai seorang negarawan yang unggul, mesra dan berperwatakan tenang dan dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.
01:18Ujar Awang Tengah mengimbau kembali nostalgia Allahyarham Paklah.
01:22Aura kasih sayang jelas terpancar di wajah beliau saat bersemuka dengan rakan-rakan seperjuangan dalam arena politik.
01:30Seronoklah mesra, ya, tenang, ya, dan, ya, perasaan kasih sayang itu dapat kita lihat, terpancar, ya, setiap kali kita berjumpa dalam masyarakat, ya, jadi pembangkian beliau adalah satu kehilangan yang besar.
01:59dan saya mengucapkan takziah, ya, kepada keluarga beliau.