Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Keputusan itu dicapai selepas juri persekutuan mendapati wujud sebab munasabah untuk mendakwa Mangione atas kesalahan membunuh, menghendap dan berkaitan penggunaan senjata api, sekali gus membolehkan pihak pendakwaan menuntut hukuman mati terhadapnya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ini adalah perkembangan pertama untuk global, Luigi Mangione, lelaki 26 tahun yang didakwa membunuh ketua pegawai eksekutif CEO United Healthcare di New York tahun lalu, kini berdepan dengan hukuman mati.
00:14Keputusan itu dicapai selepas juri persekutuan mendapati wujud sebab munasabah untuk mendakwa Mangione atas kesalahan membunuh, menghendap dan penggunaan senjata api sekaligus membolehkan pihak pendakwaan menuntut hukuman mati terhadapnya.
00:30Mangione sebelum ini didakwa atas kesalahan membunuh dan memiliki senjata di Mahkamah Negeri New York yang tidak mengenakan hukuman mati.
00:39Walaupun pendakwaan persekutuan ini tidak melibatkan pertuduhan baru, namun keputusan terkini meningkatkan risiko hukuman mati terhadapnya.
00:49Terdahulu CEO United Healthcare Brian Thompson ditembak mati ketika bersiap untuk memberi taklimat kepada pelabur.
00:56Mangione didakwa melepaskan beberapa tembakan sebelum melarikan diri menggunakan basikal sewaan ke arah Central Park.
01:04Terima kasih telah menonton!

Recommended